Taman Selasih
Kabinet Dapur Basah
Dapur ini berkeluasan 95″ x 187″ dan tingginya adalah 120″ dan mozek yang digunakan adalah konkrit mozek 2×2 berwarna hitam manakala mozek dinding bercorak bata putih berbelang halus.
Antara ciri menariknya adalah pintu kabinet yang digunakan adalah dari jenis formica berbingkai aluminium jenis JB904 putih berkilat. Pada bahagian badan kabinet gantung pula berkemasan formica sebum (matt). Terdapat 2 unit pintu untuk kabinet gantung ini iaitu pintu jenis aluminium bukaan kaca 3G. Akhir sekali terdapat juga kabinet peti ais untuk kabinet dapur di Taman Selasih ini.
Pintu - Aluminium bentuk G
Soft Close Hinges
Laci - Undermount Soft Close
Rak Pinggan Stainless Steel - 2 Lapis Jenis Tarik
Kabinet Dapur Moden Minamilis
Antara hiasan yang digunakan pada rumah di Taman Selasih yang berkonsepkan moden minamilis ini adalah dari kemasan lantai jubin 16″x 16″ berwarna kelabu muda. Selain itu, pencahayaan juga turut memain peranan apabila lampu eye ball dipasang di bahagian siling berhampiran kabinet untuk menampilkan kabinet dapur yang lebih menarik. Untuk kemasan dinding, mozek bercorak putih berbelang halus digunakan untuk menonjolkan warna konsep minamilis ini. Hiasan akhir yang terdapat pada projek kabinet dapur ini adalah plaster siling box dirapatkan ke kabinet.
Tempoh Projek
Kabinet Dapur berkonsepkan Moden Minamilis di Taman Selasih ini mengambil masa selama 4 minggu untuk disiapkan sepenuhnya.
Gambar Projek
Sebelum dan Selepas
Proses kerja untuk kemasan dinding dapat dilihat pada gambar sebelum dimana mozek bercorak putih berbelang halus yang ditampal di dinding. Perbezaan ketara dapat dilihat di gambar selepas setelah kabinet siap dipasang beserta siling lampu yang menerangi kabinet.
Dapatkan sebut harga dari kami
Lengkapkan maklumat di bawah dan kami akan hubungi anda.