Laguna Merbok
Kabinet Dapur Basah
Antara ciri menarik untuk kabinet berkonsepkan English Style ini adalah pada pintu kabinet bawah sinki yang digunakan jenis netting kayu dengan hiasan tiang tepi bagi membolehkan keluar masuk aliran udara. Pintu-pintu kabinet bawah dan atas yang lain meggunakan pintu dari jenis solid nyatoh berwarna putih. Pada bahagian kabinet bawah terdapat rak pinggan stainless steel 2 lapis jenis tarik.
Tombol Seramik Stainless Steel
Pintu seramik hinges soft close
Rak Pinggan Dalam - Stainless steel 2 lapis jenis tarik
Laci - Undermount Soft Close
Dapur Inggeris Berwarna Putih
Hiasan pada kabinet dapur berkonsepkan English Style ini antaranya ialah dari segi pencahayaan dimana lampu eye ball dipasang di bahagian siling berhampiran kabinet untuk menampilkan kabinet dapur yang lebih menarik. Selain itu, zebra blind berwarna kelabu juga digunakan serta kemasan lantai jubin berwarna putih porcelin 2 x 2.
Tempoh Projek
Projek kabinet dapur berkonsep English Style di Laguna Merbok ini mengambil masa selama 2 bulan untuk disiapkan.
Gambar Projek
Sebelum dan Selepas
Konsep Dapur English Style dapat dilihat pada gambaran selepas kabinet dan semua kemasan siap di buat. Kabinet gantung dan kabinet bawah yang berwarna putih serta pencahayaan lampu membangkitkan kecerahan pada ruang dapur.